Setibanya bulan November, adik saya membawa tiga ekor anak kucing yang berada di kawasan tempat pembuangan kucing. Pada masa itu, adalah waktu hujan yang lebat juga menyebabkan anak-anak kucing itu berasa takut dan gerun kepada kilat yang menyambar kuat. Kami membawa masuk anak-anak kucing itu kedalam rumah dan memberi makan dan minum. Kami menyembunyikan ketiga-tiga anak kucing itu didalam bilik kami.
Selepas kejadian itu,ayah berasa pelik akan peragai kami yang pelik baginya. Selepas 2 hari, pada waktu persekolahan ayah telah menyelongkar bilik dan menjumpai dua kucing itu. Selepas itu, beliau meletakkannya ke bawah. Sebelum kejadian itu, salah seekor kucing kami mati kerana air.Ia menyebabkan kami berasa sedih dan menangis teresak-esak.
Kami memberi salah seekor kucing kami. Setelah 2 bulan, ayah membenarkan kami membela dan menjaga kucing. Ibuku memberikan namanya "Mueza". Mueza diberikan kasih sayang daripada semua ahli keluarga.
