Monday, 8 June 2015

KENANGAN YANG ADA

Selepas ia mati,ia hanya tinggal kenangan dan akan selalu merinduinya seperti orang yang kita saya.

Thursday, 8 January 2015

TEMAN DALAM HIDUP

Kucing ini seperti orang yang kita sayang jika merawat,menjaga, dan memberi kasih sayang . Jika ia sudah tiada kita akan terkenang di mata kita akan kerenahnya, perangai dan lain lain lagi.

Saturday, 15 November 2014

ADA PERASAAN

Kucing tahu siapa yang baik dan tak baik bagi mereka. Sesetengah kucing boleh hidu orang yang selalu beri mereka makan dan minum. Kalau kita menyuruh kucing doa untuk kita, insyaallah doa itu akan termakbul kerana doa haiwan selalu terkabul . Doa itu mestilah untuk kebaikan dan bukan untuk balas dendam atau doa untuk keburukan seseorang.

Wednesday, 3 September 2014

JANGAN MENYEKSA KUCING

Adakah anda tahu bahawa berdosa besar sekiranya menyeksa,membuli,menarik ekor,dan lain-lain?
Roh kucing akan mengganggu orang yang menyesaknya ketika ia masih hidup. Jadi kita perlu menjaga dan peliharanya sama seperti orang yang sayang.

Sunday, 24 August 2014

KISAH KUCING SAYA

      Pada mulanya, ayah saya seorang yang tegas dan tidak suka akan kucing. Beliau melarang kami memegang kucing dan melarang kami membawa seekor kucing didalam rumah juga diluar rumah. Kerana beliau merisaukan kesihatan dan keselamatan kami sebagai seorang ketua rumah tangga.

      Setibanya bulan November, adik saya membawa tiga ekor anak kucing yang berada di kawasan tempat pembuangan kucing. Pada masa itu, adalah waktu hujan yang lebat juga menyebabkan anak-anak kucing itu berasa takut dan gerun kepada kilat yang menyambar kuat. Kami membawa masuk anak-anak kucing itu kedalam rumah dan memberi makan dan minum. Kami menyembunyikan ketiga-tiga anak kucing itu didalam bilik kami. 

      Selepas kejadian itu,ayah berasa pelik akan peragai kami yang pelik baginya. Selepas 2 hari, pada waktu persekolahan ayah telah menyelongkar bilik dan menjumpai dua kucing itu. Selepas itu, beliau meletakkannya ke bawah. Sebelum kejadian itu, salah seekor kucing kami mati kerana air.Ia menyebabkan kami berasa sedih dan menangis teresak-esak.


     Kami memberi salah seekor kucing kami. Setelah 2 bulan, ayah membenarkan kami membela dan menjaga kucing. Ibuku memberikan namanya "Mueza". Mueza diberikan kasih sayang daripada semua ahli keluarga.  

PENGENALAN

Kucing adalah sekumpulan haiwan,mamalia. Ia boleh dijaga dan dipelihara. Ia juga boleh dipeluk dan tidak berdosa(bagi umat islam). Seterusnya, ia boleh dijadikan teman untuk bermain,tempat cerita suka dan duka kita, dan lain-lain.